Friday, September 9, 2011

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?
Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
4:07pm

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjelaskan sama ada mesyuarat majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa NGO Islam - yang didakwa cuba menjatuhkan menteri besar - bersifat rasmi.

Khalid juga mencabar Pengerusi MAIS Mohd Adzib Isa mendedahkan agenda dan minit mesyuarat, senarai jemputan dan tujuan mesyuarat itu diadakan, sekiranya bersifat rasmi.

NONE"Sekiranya tidak rasmi, mengapa dia (Mohd Azib), JAIS hadir sama, NGO hadir dan wakil (pejabat) peguam negara boleh hadir sama dalam mesyuarat tidak rasmi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid Samad turut mendesak Mohd Adzib mendedahkan memorandum yang dihasilkan dalam mesyuarat itu yang didakwa berniat menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jika mereka tidak ada jahat, mengapa JAIS dan MAIS duduk bersekongkol, beri penerangan (tentang isu) gereja DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama)?

"Tetapi laporan JAIS kepada MB (tentang perkara itu) belum lagi dikemukakan," dakwa Khalid Samad.

Sehubungan itu, Khalid Samad mendakwa tindakan tersebut mempengaruhi pandangan dan sikap pihak yang hadir dalam majlis itu.

Semalam, Khalid Samad mendedahkan terdapat pertemuan antara MAIS, JAIS dan NGO Islam baru-baru ini yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasanya Mohamed Hanipa Maidin.



http://malaysiakini.com/news/175202

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...