There was an error in this gadget

Friday, September 9, 2011

MB S'gor ke Jerman tarik pelabur

Sep 7, 11 11:48am


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 hingga 16 September ini bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini.

Sepanjang berada di Jerman, menteri besar dijadualkan melawat beberapa kilang di Wiesbaden, Stuttgart, Muenchen, Bitterfeld-Wolfen dan Munich selain mengadakan beberapa siri dialog dengan pengusaha kilang di negara berkenaan.

Rombongan perniagaan ini akan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato' Jabar Ahmad Kembali.

Dalam lawatan kerja rasmi ini, menteri besar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Minister President of Baden Wurtterberg untuk memperkenalkan Selangor dan peluang-peluang pelaburan.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) semalam, menteri besar berkata, lawatan kerja ini bagi menarik lebih ramai pelabur Jerman ke Selangor terutama dalam industri berkaitan teknologi hijau.

Beliau berkata, Selangor telah menerima pelaburan RM2 bilion menerusi kilang pengeluaran sel suria, Q-CELLS, yang beroperasi di Banting.

“Industri teknologi hijau berkembang pesat di seluruh dunia dan kita komited untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju industri ini,” kata menteri besar.



http://malaysiakini.com/news/175035

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...