SANTA CLARA - Bank-bank di Amerika Syarikat (AS) meminta kebenaran kerajaan untuk membawa masuk beribu-ribu pekerja asing untuk mengisi kekosongan yang mempunyai gaji tinggi.
Berpuluh-puluh bank di AS sebelum ini menerima pakej penyelamat berjumlah AS$150 bilion (RM541.75 bilion) selepas terjejas akibat krisis kewangan dunia.
Bagaimanapun, dalam tempoh enam tahun bank-bank memohon visa untuk lebih 21,800 pekerja asing untuk mengisi pelbagai jawatan termasuk naib presiden, peguam, penganalisis pelaburan dan pakar sumber manusia.
Purata gaji tahunan untuk jawatan-jawatan itu adalah berjumlah AS$90,721 (RM327,657) iaitu hampir dua kali ganda pendapatan purata kebanyakan isi rumah rakyat AS.
Jumlah itu sangat mengejutkan kerana pihak pengurusan bank lebih cenderung mengambil pekerja asing walaupun menerima bantuan daripada wang pembayar cukai.
Jumlah visa pekerja asing yang dipohon oleh pihak bank juga meningkat sebanyak dua pertiga pada tahun lalu ketika ekonomi AS semakin merosot dan ramai pekerja bank diberhentikan kerja. - AP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
No comments:
Post a Comment