Wednesday, February 4, 2009

Wanita mengaku rekrut pengebom



SEORANG wartawan melihat rakaman video yang menunjukkan Samira membuat pengakuan di Baghdad, semalam.


BAGHDAD - Polis Iraq menangkap seorang wanita yang mengaku merekrut lebih 80 pengebom berani mati daripada kalangan perempuan selain membantu melancarkan berpuluh-puluh serangan, kata seorang pegawai kanan semalam.

Wanita itu, Samira Jassim, 51, mengaku membantu persediaan mental penyerang berani mati tersebut sebelum menyerahkan mereka kepada pejuang yang menyediakan bahan letupan dan membawa mereka kepada sasaran serangan.

"Dia mengaku bertanggungjawab terhadap tindakan itu dan mengesahkan bahawa 28 percubaan serangan dilakukan di salah satu kubu kuat militan," kata seorang pegawai tentera, Mejar Jeneral Qassim Atta di Baghdad.

Wanita itu ditangkap pada 21 Januari lalu.

Satu rakaman video yang menunjukkan Samira membuat pengakuan ditunjukkan kepada wartawan.

Wanita itu yang memakai purdah hitam menerangkan bagaimana dia menyediakan penyerang wanita itu sebelum menghantar mereka ke pangkalan-pangkalan militan.

"Dia menghantar mereka kepada militan, di salah sebuah ladang di mana mereka dibekalkan dengan bom sebelum Samira membawa mereka ke sasaran," jelas Qassim. - AFP


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...