Wednesday, February 4, 2009

Enggan henti jual 'ubat racun'



PRODUK Babyface Solution 2 yang dijual secara berleluasa dan bertanda 'halal' tetapi tidak diiktiraf oleh HDC.





KUALA LUMPUR - Angkuh dan tidak menghormati undang-undang. 
Itulah sikap kalangan peniaga produk kecantikan dan kesihatan tradisional di sekitar Chow Kit di sini yang mengetepikan soal keselamatan pengguna semata-mata bagi mengaut keuntungan segera.

Senario itu menjadi punca pelbagai produk kecantikan dan kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mudah didapati di negara ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati rata- rata peniaga jalanan itu langsung tidak berasa takut malah dengan selamba mempamerkan produk mereka secara terbuka di kawasan tumpuan orang ramai.

Antara yang menjadi tarikan ialah pelbagai produk merangsang seks bagi golongan lelaki dan wanita, pil melangsingkan badan serta krim kecantikan wajah yang diimport dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

"Kalau nak datang periksa, periksalah. Kami tidak bimbang. Lagi pun ubat ini tiada kesan sampingan, ia dihasilkan daripada akar kayu dan herba untuk melancarkan peredaran darah," dakwa seorang peniaga yang ditemui di Jalan Masjid India ketika ditanya sama ada dia berasa bersalah kerana menjual ubat-ubatan yang tidak didaftar dengan kerajaan selain boleh mengancam nyawa pengguna.

Bagaimanapun, apabila diamati pil import itu Kosmo! mendapati ia bukan sahaja tidak berdaftar dengan KKM malah kandungan bahan campuran yang tertera juga dicatatkan dengan cara mengelirukan pengguna.

Malah difahamkan, kebanyakan peniaga menggunakan taktik mencampurkan beberapa produk berdaftar dengan yang tidak berdaftar untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...