Wednesday, February 4, 2009

Wanita berjubah kebas gelang emas

Oleh SHAH NIZAM OMAR


Seorang pegawai polis mengambil maklumat daripada dua pekerja kedai emas yang mendakwa mereka dipukau oleh wanita berjubah di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Menyamar sebagai pelancong asing sebelum melarikan seutas gelang emas bernilai RM10,000.

Demikian taktik dua wanita yang memperdaya dua pekerja sebuah kedai emas di pusat beli-belah City Plaza di sini semalam.

Ketika kejadian pukul 12 tengah hari, dua wanita dipercayai rakyat tempatan yang menyamar pelancong Arab didakwa memukau dua pekerja kedai emas yang terletak di tingkat satu sebelum melarikan gelang emas tersebut.

Seorang pekerja kedai itu, Siti Hajar Johar, 24, berkata, ketika kejadian beliau bersama seorang rakannya melayan dua pelanggan itu kerana tiada pelanggan lain.

"Sebaik seorang daripada wanita itu meminta untuk melihat gelang tersebut, kami berdua tiba-tiba terasa seperti berada dalam khayalan.

"Selepas bercakap-cakap mengenai harga dan bentuk rantai itu, kami kemudian terasa seperti dalam mimpi,'' katanya ketika ditemuiKosmo! di sini.

Menurutnya, ketika kejadian yang berlaku dalam lingkungan 20 minit, hanya beliau dan rakannya itu saja menjaga kedai.

"Selepas kira-kira lima minit ditinggalkan dua wanita itu, baru kami perasan gelang itu lesap bersama wanita berjubah itu," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...