WASINGTON - Kerjaya luar biasa jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps mungkin akan berakhir dengan penuh kontroversi selepas gambarnya sedang menghisap ganja tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Saksi berkata, jaguh renang itu dirakam menghisap ganja ketika menghadiri satu parti bersama sekumpulan pelajar University of South Carolina pada November tahun lalu.
"Phelps tahu bagaimana untuk memegang serta menyalakan peralatan menghisap ganja seperti dia sudah biasa dengan semua itu," katanya.
"Sekiranya Phleps meneruskan sikapnya dengan berparti liar seperti itu saya pasti berasa kagum jika dia mampu memenangi pingat emas lagi," ujarnya.
Phelps, 23, merupakan perenang paling berjaya dalam sejarah apabila memenangi 14 pingat emas Sukan Olimpik termasuk lapan pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing, China pada tahun lalu.
Phelps mungkin digantung empat tahun jika didapati bersalah mengambil dadah. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_12.htm
No comments:
Post a Comment