Wednesday, February 4, 2009

Nokia ancam tinggalkan Finland?


HELSINKI - Syarikat telefon selular gergasi, Nokia Corp. mengancam untuk meninggalkan negara asalnya, Finland sekiranya undang-undang membenarkan pemantauan e-mel pekerja tidak digubal.

Bagaimanapun, seorang jurucakap Nokia, Arja Suominen menafikan laporan yang diterbitkan akhbar STT semalam.

"Nokia tidak akan mengancam untuk berpindah dan laporan akhbar itu mengandungi banyak kesilapan serta salah faham," katanya.

Perdana Menteri Finland, Matti Vanhanen juga menafikan laporan bahawa anggota Parlimen didesak oleh syarikat itu untuk menggubal undang-undang tersebut.

"Saya tidak pernah dimaklumkan berhubung ancaman itu. Saya sebelum ini berbincang dengan beberapa syarikat termasuk Nokia berhubung undang-undang itu," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, Nokia melobi anggota Parlimen untuk menggubal undang-undang tersebut selepas mengesyaki salah seorang pekerjanya menghantar satu maklumat sulit melalui e-mel kepada syarikat pesaing.

Syarikat berkenaan tidak dibenarkan untuk memeriksa e-mel para pekerja kerana ia menyalahi undang-undang.

Nokia menjana AS$1.7 bilion (RM5.7 bilion) dalam bentuk bayaran cukai dan menggaji 16,000 pekerja warga Finland.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...