Friday, February 20, 2009

Bank Pusat umum belanja lebih AS$10b


TOKYO – Bank Pusat Jepun mengumumkan rancangannya untuk membelanjakan lebih AS$10 bilion (RM36.6 bilion) bagi membeli bon syarikat korporat semalam.

Langkah tersebut dilakukan untuk menangani krisis kewangan di negara ekonomi terbesar Asia itu.

Bank Jepun itu turut mengenakan kadar faedah tetap paling rendah iaitu 0.1 peratus bagi bulan kedua sebagai satu kaedah menghadapi krisis ekonomi terburuk sejak Perang Dunia Kedua. – AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...