SIMPANG EMPAT - Seorang warga emas kini trauma untuk memakan roti bai (roti Benggali) selepas terjumpa sebatang gigi geraham dalam bungkusan makanan itu yang dibeli di sebuah kedai runcit di sini semalam.
Peristiwa yang mengejutkan Timah Bahari, 68, itu berlaku sewaktu dia minum petang bersama keluarganya. Ketika membuka bungkusan roti itu dia ternampak di dalamnya ada sebatang gigi geraham.
Penemuan itu menyebabkan mereka sekeluarga hilang selera makan.
"Saya ingat gigi saya tercabut tetapi lepas periksa, ia bukan milik saya kerana semua gigi saya dalam keadaan baik. Ngeri betul dibuatnya,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rancangan Perumahan Awam (RPA) di sini.
Tidak puas hati dengan kejadian itu, Timah melaporkannya kepada Yang Dipertua Persatuan Pengguna Negeri Perlis, Seruand i Saad.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
No comments:
Post a Comment