Friday, February 20, 2009

Speaker bantah keputusan Sultan - PM


PUTRAJAYA - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai menentang keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Speaker tidak boleh menghalang. Pelantikan Menteri Besar dan Exco diperkenan oleh Sultan dan (mereka) mengangkat sumpah di hadapan baginda. Mereka dilantik secara sah.

"Maka, bagi saya, tindakan speaker itu boleh disifatkan sebagai tidak menghormati keputusan Sultan Perak,'' kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Bagi Kanak-kanak Gaza di kediamannya, Seri Perdana, di sini semalam.

Abdullah berkata, tindakan speaker itu adalah satu cara untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...