Speaker salah guna kuasa
PANGKOR: Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, sepatutnya mengetahui dia sudah bertindak di luar bidang kuasa serta menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepadanya.
Justeru, Dr Zambry berkata, tindakan Sivakumar yang menggantungnya daripada menghadiri sidang DUN selama 18 bulan tidak akan menjejaskan tugasnya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ketua kerajaan di negeri ini.
“Speaker seharusnya tahu sama ada dia bertindak mengikut undang-undang. Bagi saya, tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar akan diteruskan seperti biasa.
“Dia sepatutnya membuat pemeriksaan semula terhadap surat yang dia serahkan. Ia jelas satu pembohongan apabila mengatakan kami tidak memberi sebarang penjelasan kepadanya (pada mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak),” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed merasmikan program Hari Masyarakat Nelayan, Penternak dan Petani Perak di Coray Bay Resort di sini, semalam.
Ditanya sama ada akan terdapat usul dikemukakan berhubung penggantungan itu, Dr Zambry berkata mereka tidak menjangka apa-apa.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092042/Article/index_html
No comments:
Post a Comment