Friday, February 20, 2009

Taikun Rusia minta balik deposit £39 juta


GAMBAR menunjukkan rumah yang pada awalnya mahu dibeli oleh Prokhorov.






PARIS - Lelaki terkaya di Rusia, Mikhail Prokhorov (gambar) mahu deposit miliknya berjumlah £39 juta (RM205.1 juta) untuk pembelian sebuah rumah mewah di Perancis pada Ogos tahun lalu dipulangkan, lapor sebuah akhbar semalam.

Prokhorov, 43, pada mulanya bersetuju membeli Vila Leopolda di kawasan hartanah mewah di French Riviera pada harga £500 juta (RM2.6 bilion) tetapi mengubah fikiran selepas perniagaannya mencatat kerugian mencecah beberapa bilion pound.

Bilionair Rusia itu meminta kembali deposit yang dibayar daripada pemilik vila tersebut, Lily Safra.

Bagaimanapun, wanita itu enggan memulangkan deposit tersebut.

"Urus niaga itu dipersetujui kedua-dua belah pihak pada dasarnya dan wang itu menjadi hak milik saya," kata Safra.

Seorang jurucakap Prokhorov berkata, kes melibatkan hartanah seluas sembilan hektar dan disenaraikan oleh majalah Forbessebagai termahal di dunia itu mungkin akan dibawa ke mahkamah. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...