Kemuka bukti tak mampu - Shafnie
KAJANG - Penyanyi dan pelakon, AC Mizal (gambar) semalam diminta mengemuka dokumen kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini membuktikan dakwaan dia tidak mampu membayar nafkah bagi dua orang anaknya hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Shafnie Zainudin.
Peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Shafnie, 33, ketika membuat permohonan tersebut di hadapan hakim syarie, Abdul Malik Soleh berkata, tindakan itu wajar dan perlu berdasarkan kenyataan artis itu dalam pernyataan pembelaan dan tuntutan balasnya.
Terdahulu, Azmi memaklumkan bahawa sepatutnya semalam telah ditetapkan untuk perbicaraan permohonan Shafnie untuk mengubah perintah nafkah dua anaknya namun setelah meneliti pernyataan pembelaan AC Mizal, 37, pihaknya telah membuat permohonan berkenaan.
"Beberapa perenggan dalam afidavit itu menyatakan AC Mizal secara yakin tidak mampu memberi nafkah seperti mana yang dituntut plaintif (Shafnie) tanpa diselitkan fakta dan bukti sokongan," kata beliau.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm
No comments:
Post a Comment