Friday, February 20, 2009

Dicopet ketika dalam bilik air

Oleh Iskandar Shah Mohamed
iskandar@hmetro.com.my


kepada Chong, semalam." title="BEGINI...Wong (kiri) menceritakan kejadian yang menimpanya
kepada Chong, semalam." height="205" width="300" border="0">
BEGINI...Wong (kiri) menceritakan kejadian yang menimpanya 
kepada Chong, semalam.


KUALA LUMPUR: Kegiatan menyeluk saku kini bukan saja berlaku di tempat tumpuan awam, tetapi juga di dalam tandas pusat beli-belah.

Difahamkan, pencopet bertindak licik dengan memerhati keadaan sekeliling dan menjadikan pengunjung lelaki yang mahu membuang air besar sebagai mangsa. 

Sebaik mengenal pasti mangsa, pencopet dengan pantas mengambil dompet di dalam seluar mangsa yang disangkut di besi penyangkut pada daun pintu tanpa disedari.

Selain mengambil wang tunai, mereka turut menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli-belah.

Perkara itu didedahkan seorang jurujual, Wong Wei Chiat, 22, yang kerugian ribuan ringgit apabila kad kreditnya digunakan pencopet di samping kehilangan sejumlah wang tunai dan beberapa dokumen penting lain. 

Menurut Wong, dia kini terpaksa menanggung hutang apabila bank sentiasa memintanya menjelaskan tunggakan kad kredit sejak kejadian itu yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu negara hujung tahun lalu. 

“Ketika kejadian jam 7 malam, saya yang bekerja di premis barangan kesihatan ke tandas untuk membuang air besar dan meletakkan seluar di besi penyangkut.

“Namun, sejurus selesai, saya terkejut apabila mendapati dompet berisi wang tunai RM50 dan empat kad kredit hilang dipercayai dilarikan pencopet,”
katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi bank untuk menyekat penggunaan semua kad kredit itu, tetapi dimaklumkan seseorang sudah menggunakan RM2,400 untuk membeli jam tangan di sebuah premis di Jalan Masjid India di sini.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220091500/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...