Friday, February 20, 2009

Kes ADUN Selangor - Elli

Polis KL buat susulan




melihat persekitaran Pondok Polis Komuniti Presint 9, semalam." title="LIHAT...Muhammad Sabtu (kiri) bersama Tengku Adnan
melihat persekitaran Pondok Polis Komuniti Presint 9, semalam." height="207" width="300" border="0">
LIHAT...Muhammad Sabtu (kiri) bersama Tengku Adnan 
melihat persekitaran Pondok Polis Komuniti Presint 9, semalam.


PUTRAJAYA: “Kita akan meneruskan siasatan yang sudah dilakukan polis Selangor. Kita akan buat susulan dan kes itu akan diserahkan kepada pegawai penyiasat kita untuk membuat siasatan,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan kes penyebaran gambar bogel Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong, yang dipindahkan dari polis Selangor kepada polis Kuala Lumpur, mulai semalam.

Katanya, pihaknya sudah menerima arahan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman supaya kes berkenaan dikendalikan polis Kuala Lumpur berikutan rumah Elizabeth berada dalam bidang kuasa polis Kuala Lumpur.

“Semalam (kelmarin) kita sudah menerima arahan supaya kes itu dipindahkan ke IPKKL, jadi kami akan mengambil alih (kes) kerana tempat kejadian (rumah Elizabeth) dalam sempadan Kuala Lumpur.

“Yang berubah hanya pegawai penyiasat, jadi kami akan meneruskan siasatan yang sudah dilakukan polis Selangor, pada masa sama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan tetap membantu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pondok Polis Komuniti di Presint 9, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan Abdul Razak Abdul Majid dan timbalannya, Deputi Superintendan Yusuf Ibrahim.

Muhammad Sabtu berkata, beliau akan berbincang dengan ketua jabatan dan bahagian siasatan jenayah mengenai tindakan yang akan dilakukan selepas mengambil-alih kes berkenaan.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092153/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...