am@hmetro.com.my
TAMPIN: “Jom main pondok-pondok,” itu helah yang didakwa digunakan lelaki durjana meragut kesucian tiga anak saudaranya di Felda Pasir Besar, Gemas, antara 2002 dan 2004.
Tiga beradik berusia antara 10 dan 15 tahun itu menjadi mangsa pemuas nafsu bapa saudaranya berusia 49 tahun di halaman rumah nenek mereka.
Lelaki terbabit mengambil kesempatan selepas mangsa dikatakan dijaga nenek selepas kedua ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu.
Menurut sumber, mangsa pertama kini berusia 15 tahun mendakwa dirogol bapa saudara pada 2002 lalu selepas diajak main pondok-pondok.
Menurutnya, ketika kejadian terbabit, gadis malang itu baru saja berusia lapan tahun.
“Mangsa kedua kini berusia 13 tahun pula mendakwa dirogol bapa saudaranya pada tahun sama dan ketika itu dia baru berusia enam tahun.
“Suspek turut didakwa merogol seorang lagi adik mangsa dua tahun selepas itu menggunakan taktik sama,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika kejadian, kanak-kanak malang kini berusia 11 tahun itu baru saja berusia enam tahun dan suspek menggunakan taktik sama iaitu mengajak mangsa bermain pondok-pondok untuk melakukan perbuatan itu.
Katanya, beberapa tahun selepas kejadian itu, tiga beradik itu kemudian dijaga bapa mereka di Seremban yang bersara daripada tentera.
Perbuatan suspek itu bagaimanapun tidak terbongkar selepas mangsa tidak meceritakan kejadian itu kepada sesiapa.
“Rahsia kegiatan jahat lelaki terbabit terbongkar selepas tiga beradik itu enggan balik menziarahi nenek mereka hujung minggu lalu.
“Selepas didesak, mangsa akhirnya menceritakan perlakuan sumbang bapa saudaranya kepada bapa mereka,” katanya.
Sumber itu berkata, bapa mangsa yang marah dengan perbuatan suspek kemudian membuat laporan di Balai Polis Seremban, Selasa lalu dan kes berkenaan kemudian dirujuk kepada polis daerah Tampin untuk siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.
Menurutnya, polis yang menjalankan siasatan menahan seorang suspek berumur 49 tahun di rumahnya kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan siasatan akan dilakukan dari segenap aspek.
Suspek ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan dan semua mangsa dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092602/Article/index_html
No comments:
Post a Comment