Friday, February 20, 2009

Serah aksi panas ‘Datuk Kasanova’

Serah aksi panas ‘Datuk Kasanova’




Kasanova." title="BUKTI...Dr Jacob menunjukkan telefon bimbit milik Datuk
Kasanova." height="223" width="300" border="0">
BUKTI...Dr Jacob menunjukkan telefon bimbit milik Datuk 
Kasanova.


KUALA LUMPUR: Bahan bukti penting iaitu telefon bimbit dimiliki ‘Datuk Kasanova’ yang dilaporkan memperdaya ramai wanita sudah berkahwin bagi mendapatkan habuan seks akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, hari ini.

Difahamkan, telefon bimbit itu mempunyai bukti perlakuan seks ‘Datuk’ itu dengan mangsanya, selain dari rakaman lucah lain.

Mengejutkan apabila telefon bimbit berkenaan diserahkan isteri ‘Datuk’ itu kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, baru-baru ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penangan ‘Datuk’ berstatus jutawan menjerat wanita berjawatan tinggi bukan saja menyebabkan mangsa nekad melakukan pengguguran haram, malah ada suami mangsa cuba membunuh diri selepas tidak dapat menerima hakikat isteri tersayang dinodai lelaki lain.

Dr Jacob mendedahkan kisah tidak bermaruah Datuk yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu dipetik berkata, lebih 60 wanita berkerjaya dan memiliki kedudukan dalam syarikat korporat menjadi mangsa lelaki itu yang menggunakan nama samaran, Datuk Azlan.

“Saya tidak akan berhenti memburu Datuk Kasanova yang merosakkan rumah tangga pasangan lain dengan menjadikan isteri orang sebagai mangsanya,” katanya.

Lebih teruk katanya, isteri Datuk itu datang ke pejabatnya dalam keadaan takut memberitahu dia diugut bunuh oleh suami dan akan menyiarkan gambar bogel serta rakaman hubungan seks mereka suami isteri kepada umum menerusi Internet.

Menurutnya, isteri itu memberitahu suami (Datuk) bertindak demikian selepas harian Metro mendedahkan mengenai kegiatannya itu.

Katanya, disebabkan terlalu bimbang keselamatan diri akibat diugut suami, wanita itu kini bersembunyi di satu lokasi rahsia.

“Tergamak dia mengugut isteri sendiri dengan perkara mengaibkan. Pihak CASSA tidak akan berdiam diri. Telefon bimbit ‘Datuk’ ini akan diserahkan kepada Bukit Aman secepat mungkin,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220092322/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...