Friday, February 20, 2009

Economi - 80,000 dihentikan kerja sementara

80,000 dihentikan kerja sementara



DENGKIL: Pekerja sektor pembuatan terutama bidang elektronik dan elektrikal yang terbabit dengan pemberhentian kerja sementara akan dibantu menerusi pelbagai skim bagi mengelakkan mereka menjadi penganggur.

Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam, berkata ketika ini terdapat lebih 80,000 pekerja sektor itu diberhentikan kerja sementara berbanding 45,000 bulan lalu.

“Mereka golongan yang dikurangkan waktu bekerja atau hari bekerja. Contohnya, jika dulu mereka bekerja 12 jam sehari, sekarang hanya lapan jam sehari atau hanya empat hari seminggu.

“Sekarang kami ingin membantu 80,000 pekerja ini untuk dipulihkan kerana mereka dalam keadaan goyah. 

“Kami harap mereka dapat kerja kekal daripada pemberhentian sementara jadi pemberhentian tetap,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Memperkasa Wanita dan Beliawanis (2008 hingga 2011) di bawah Program Mendidik Kaum Wanita dan Gadis (EGWI) Exxonmobil di Dewan Masyarakat Taman Permata di sini, semalam.

Sehubungan itu, Subramaniam berkata, kementerian mengadakan tiga skim khas untuk golongan itu menerusi peruntukan RM220 juta yang diberikan kerajaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090220091630/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...