Janda tak serik dicekup khalwat lagi
tajam yang ditemui." title="RAMPAS...anggota penguat kuasa Jaik melihat senjata tajam yang ditemui." height="300" width="197" border="0"> |
RAMPAS...anggota penguat kuasa Jaik melihat senjata tajam yang ditemui. |
ALOR STAR: Meskipun baru dua bulan dicekup berkhalwat, seorang janda beranak dua didapati tidak serik apabila ditahan kali kedua bersama pasangannya serta dua lelaki di dalam bilik sebuah hotel murah di Lebuhraya Darulaman, di sini tengah malam kelmarin.
Ketika serbuan, janda berusia 27 tahun itu bersembunyi di belakang televisyen manakala pasangannya bersembunyi dalam bilik air manakala dua lagi rakan mereka duduk atas katil dalam bilik berkenaan.
Mereka ditahan kira-kira jam 12 tengah malam dalam operasi cegah maksiat dilakukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).
Turut ditemui dalam bilik hotel itu beberapa senjata tajam termasuk parang panjang dan pisau dalam beg pakaian mereka.
Wanita itu bersama pasangannya pernah ditahan dalam operasi sempena Krismas pada 25 Disember lalu di sebuah hotel di bandar raya ini dan turut ditemui bersama mereka ketika itu beberapa senjata tajam.
Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah Kota Star (PAIDKS) untuk siasatan lanjut.
Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Sheikh Muhamad Suhaimi Salleh, berkata semua yang ditahan itu berasal dari sekitar bandar raya ini dengan semua lelaki berkenaan peniaga pasar malam.
Beliau berkata, mereka mendakwa senjata tajam itu baru dibeli untuk kegunaan perniagaan mereka.
“Wanita itu dan pasangannya kini masih menunggu perbicaraan di mahkamah bagi kes pertama mereka sebelum ini,” katanya.
Dalam kejadian berasingan, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sanggup meredah perjalanan sejauh 70 kilometer dari rumahnya di Sungai Petani ke Kuala Kedah, dekat sini, untuk bertemu kekasih hatinya.
Bagaimanapun, dia dikenakan saman mengikut Seksyen 5 EKJSK 1988 kerana berkelakukan tidak senonoh di khalayak ramai di Pantai Leman, Kuala Kedah, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin.
Pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Sungai Petani itu memberi alasan datang ke bandar ini untuk membeli peralatan sekolah.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090210092433/Article/index_html
No comments:
Post a Comment