Wednesday, February 11, 2009

Terima qada, qadar

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

mufti itu, semalam." title="MOHON RESTU...Dr Zambry (kanan) menemui Harussani di kediaman
mufti itu, semalam." height="266" width="300" border="0">
MOHON RESTU...Dr Zambry (kanan) menemui Harussani di kediaman 
mufti itu, semalam.

IPOH: Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria menasihatkan seluruh masyarakat Islam di negeri ini supaya berfikir secara rasional dan menerima ketentuan qada dan qadar yang ditentukan Allah.

Sehubungan itu, beliau berkata, seluruh masyarakat di Perak diharap dapat menerima keadaan ini dan menerima keputusan yang dibuat oleh pemerintah, iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Dari segi Islam, turun naik adalah masalah lain. Itu masalah perjuangan. Masalah kita sekarang adalah, kita ada pemerintah. Kalau keputusan sudah dibuat oleh pemerintah, kita yakin keputusan itu sudah dipertimbangkan secara halus berdasarkan undang-undang.

“Keputusan itu wajib kita taat. Kita wajib taat sebagaimana wajib taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah,” katanya ketika menerima kunjungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di kediamannya di Kampung Baru Sungai Rapat, di sini, petang semalam.

Katanya, beliau sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan kepada Zambry untuk memimpin dan meneraju negeri ini dengan baik.

“Saya berdoa supaya Allah merestui dan memberi petunjuk serta kekuatan kepada beliau (Zambry) untuk memimpin negeri ini supaya berjalan dengan baik,” katanya.

Harussani berkata, pelantikannya sebagai mufti di negeri ini adalah menjalankan tugas serta tanggungjawab dalam memberi nasihat kepada Sultan Perak, perkara berkaitan hal ehwal agama, majlis agama Islam negeri dan kerajaan negeri.

“Pada saya, yang benar saya katakan benar dan yang salah saya akan tegur,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata, kedatangannya menemui Mufti Perak adalah untuk memohon restu dan meminta nasihat serta panduan daripada beliau untuk memimpin negeri ini.

“Saya dengan penuh insaf sebenarnya bahawa jawatan ini bukan satu keistimewaan tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijunjung dengan sebaik mungkin.

“Ini adalah amanah dari Tuhan yang diberikan kepada saya untuk dilaksanakan, tentunya saya memerlukan panduan, teguran dan nasihat daripada orang seperti beliau (Harussani). Sebab itu, saya datang pada hari ini untuk menohon restu beliau,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Harussani berkata, beliau (Nizar) perlu menerima keputusan itu kerana kuasa melantik dan melucut adalah terletak pada tangan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Yang melantiknya sebagai Menteri Besar adalah sultan dan yang melucutkankannya juga adalah hak sultan. Jadi kita kena terimalah. Kalau sudah dilucutkan...tidak ada lagilah. Sesiapa mengaku pun tidak sah,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090210090733/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...