Rayu adik pulang
BIMBANG...Mohd Anizan dan ibunya, Asmah Ismail menunjukkan gambar Siti Khalijah (gambar kecil). |
TUMPAT: “Pulanglah dik dan jangan buat keluarga begini. Jika Siti ada masalah, kita selesaikan bersama,” rayu Mohd Anizan Abdullah, 31, kepada adik kandungnya, Siti Khalijah Abdullah, 14, remaja perempuan yang menghilangkan diri sejak 2 Februari lalu.
Anak sulung daripada sepuluh beradik itu berkata, adiknya itu dilaporkan hilang sejurus selesai menyertai aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Sungai Siput, kira-kira jam 3 petang.
“Pada hari kejadian, Siti yang lengkap berpakaian sukan meminta kakaknya menghantar ke sekolah untuk menghadiri aktiviti kokurikulum.
“Kakaknya menghantar dia hingga ke depan pintu sekolah. Bagaimanapun, pada jam 5.30 petang, Siti tidak muncul di pintu pagar sebelum pengawal keselamatan memaklumkan semua pelajar sudah pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kok Pasir, Palekbang di sini, semalam.
Dia yang bertugas sebagai anggota tentera di Wisma Pertahanan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur berkata, individu yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubunginya di talian 09-7982131 atau 014-50 48860.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090210090409/Article/index_html
No comments:
Post a Comment