Nov 30, 10 5:35pm
Kerajaan serta beberapa pihak lain bakal menanggung kerugian sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk bekalan air di Lembah Klang tidak dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata keengganan kerajaan negeri Selangor untuk memberi persetujuan terhadap pengambilan tanah, permit memasuki kawasan rizab hutan dan pengeluaran Arahan Pembangunan telah menambah kos tanggungan kerana pembinaan loji itu sepatutnya bermula Ogos lalu.
"Projek ini sudah tender dan pihak kontraktor sedang membuat kerja-kerja mengikut jadual dan kalau terowong siap pada 2014 ikut jadual tetapi loji tidak siap maka kontraktor tak dapat komisen... projek-projek itu akan tergendala," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) di persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Chin berkata, kerajaan Pahang yang telah memberi kerjasama untuk menyalurkan air kepada rakyat negeri Selangor turut terpaksa menanggung kerugian berikutan kelewatan itu.
"Disebabkan projek tak dapat dilaksanakan, royalti tak dapat dibayar kepada Pahang dan mereka terpaksa menanggung kerugian kerana tak dapat menerima royalti seperti yang dijadualkan akibat projek tergendala itu," katanya.
Katanya, projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor dijadualkan siap sepenuhnya pada pertengahan 2014 dengan keupayaan membekalkan air mentah sebanyak 1,890 juta liter sehari.
Beliau berkata, projek Langat 2 dan Sistem Agihan sedia dilaksanakan setelah kajian reka bentuk awal projek itu siap dijalankan pada 31 Disember tahun lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Selangor lebih prihatin kepada kebajikan rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengelakkan kawasan Lembah Klang kepada risiko defisit air menjelang 2014.
Chin berkata, pemindahan air dari Pahang ke Selangor dilaksanakan melalui Skim Penyaluran Air Mentah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2005.
Beliau berkata, setakat ini semua komponen projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor telah ditender iaitu dua daripadanya iaitu pakej terowong dan stesen pam kini dalam pelaksanaan manakala dua lagi dijangka dimulakan pada hujung tahun ini.

- Bernama
http://malaysiakini.com/news/149599
No comments:
Post a Comment