Friday, December 3, 2010

'Wikileaks bukan ancaman keselamatan negara'

'Wikileaks bukan ancaman keselamatan negara'
Regina Lee
Dis 3, 10
5:57pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari berkata pendedahan laman sesawang Wikileaks bahawa firma Malaysia cuba membekalkan uranium kepada Iran bukan “perkara baru”.

“Kita telah memantau dua syarikat itu dan ingin memberi jaminan (kepada rakyat) bahawa ia bukan satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

NONEKatanya, beliau terkejut dengan spekulasi bahawa kerajaan tidak berbuat sesuatu menghentikan kegiatan dua firma itu.

"Jika (agensi antarabangsa) ragu-ragu atau mempunyai maklumat baru, kenapa tidak tanya kita tetapi sebaliknya berhubungan dan menyebarkan spekulasi di kalangan mereka.,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya petang ini.

Ahad lalu, Wikileaks mendedahkan dokumen yang mendakwa dua syarikat di Malaysia terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran,.

Dokumen tersebut mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

NONEMenurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Syarikat dari negara Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear negara berkenaan.

Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan 'rahsia' itu, kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.

NONEGiroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149929

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...