Friday, December 3, 2010

K'jaan digesa perundang bas khas untuk wanita


Dis 3, 10 4:09pm

Pemuda PAS menyarankan supaya perkhidmatan bas khas untuk wanita diperundangkan supaya ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain di seluruh negara, khususnya di bandar utama.

pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2Sambil mengucap tahniah kepada Bas RapidKL, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata ia sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita di negara ini .

Perkhidmatan khas itu akan dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan melindungi penumpang wanita daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi - jam 6.45 dan 7.30 - manakala di sebelah petang - pada jam 6 dan 6.45.

rapid kl bus public transportation 021107Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

Nasruddin percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti gangguan seksual, ragut dan sebagainya .

"Semoga usaha yang baik dan mulia ini, walaupun masih diperingkat percubaan, diberi perhatian serius oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

beat rapidpenang 140407 disabled friendly busKatanya, begitu juga dengan langkah-langkah membuat dasar dan peraturan yang mesra pengguna khasnya kaum wanita, kanak-kanak dan OKU dalam semua aspek.

Menurutnya, semua aspek melibatkan keselamatan dan keselesaan mereka sama ada di sektor pengangkutan awam, tempat kerja, kawasan rekreasi, stesen minyak, tempat letak kereta, lalu lintas, universiti, kolej, sekolah dan seumpamanya, wajarlah diberikan perhatian serius oleh kerajaan .

Bagi mana-mana aspek di bawah kuasa kerajaan negeri, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan langkah bijak ini.

http://malaysiakini.com/news/149909

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...