Friday, December 3, 2010

K'jaan nafi beri spektrum 700MHz kepada YTL

Dis 1, 10 12:11am

Kerajaan terus menafikan dakwaan bahawa syarikat YTL Communications Sdn Bhd diberikan lesen bagi spektrum komunikasi 700MHz.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah memberi kelulusan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan spektrum berkenaan.

Isu berkenaan dibangkitkan ahli parlimen Jeff Ooi (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat semalam ketika membahaskan usul untuk memotong gaji Rais sebanyak RM10.

Usul berkenaan dikemukakan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Spektrum jalur lebar berkenaan dianggap sebagai gelombang teknologi baru dalam pasaran telekomunikasi dan multimedia dan meraih minat banyak syarikat dalam bidang berkenaan.

Ooi mempertikaikan mengapa kerajaan berdiam diri dalam pemberian spektrum berkenaan kepada YTL yang dimiliki taikun hartanah Tan Sri Francis Yeoh.

Ooi turut membangkitkan bahawwa pemberian kontrak itu jelas merupakan satu tindakan kronisme dan tidak telus.

Katanya lagi, spektrum berkenaan diberikan kepada YTL tanpa mengambil kira pemegang lesen lain daripada SKMM, termasuk Telekom Malaysia, Axiate, Maxis, Digi, Packet One.

Beliau menyamakan tindakan itu seperti memberi YTL peluang untuk memecut sejauh 50 meter di hadapan dalam perlumbaan, sedangkan syarikat lain ketinggalan di belakang.

Bagaimanapun, Rais tetap menafikan dakwaan tersebut dan menuduh Ooi membuat "kenyataan tidak berasas."

Rais menjelaskan, spektrum 700MHZ itu dikawal oleh SKMM dan merupakan satu "komoditi spektrum" yang penting untuk program masa depan negara.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/149644

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...