Wednesday, January 5, 2011

'Demokrasi' tarikan perhimpunan pelajar 11.1.11

Jan 4, 11 7:19pm

Penganjur Perhimpunan Mahasiswa Negara berharap lebih ramai pelajar akan mendaftar untuk mengikuti program yang menyediakan "dimensi baru" dalam ruang demokrasi kepada golongan berkenaan.

NONEPerhimpunan berkenaan akan diadakan pada 11 Januari di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur/Selangor (KLSCAH).

Salah seorang penganjurnya P Dineswari berkata, setakat ini seramai 150 orang daripada sebanyak 50 buah IPT telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program berkenaan.

Beliau sebelum ini menyasarkan seramai 300 orang pelajar daripada 85 buah IPT akan menyertai program berkenaan.

Ketika ditanya, beliau yakin program berkenaan akan berjaya menyediakan ruang demokrasi kepada para pelajar berdasarkan aktiviti yang dirangka.

Dewan Mahasiswa

Jelasnya, para kumpulan peserta tersebut akan menyenaraikan masalah yang dihadapi mereka dalam satu bengkel.

NONEMasalah yang diperolehi daripada bengkel berkenaan kemudiannya akan disusun mengikut kategori dan akan dikemukakan sebagai usul dalam parlimennya - Dewan Mahasiswa.

Katanya, semua usul dan keputusan berkenaan isu terbabit akan diputuskan oleh para peserta sendiri, kata Dineswari lagi.

Ketika ditanya, beliau juga berkata para pelajar berkenaan juga akan memutuskan sama ada PMN akan ditubuhkan secara rasmi dengan struktur tertentu.

"Itu terpulang kepada pelajar. Kami hanya menganjurkan saja. Bagaimana PMN ini akan berkembang, itu terpulang kepada pelajar sendiri.

"Kami tidak boleh kata ini boleh dan ini tidak boleh sebab (program) ini untuk beri ruang kepada pelajar suarakan pendapat mereka sendiri," katanya lagi.

Penyertaan, ruang terbuka

Tambahnya, penyertaan ke program berkenaan tidak terhad kepada wakil pelajar yang dipilih di kampus masing-masing.

NONE"Sesiapa saja (pelajar) boleh datang dan menjadi wakil kampus mereka.

"Kalau ada 100 orang wakil, semua 100 orang akan diberi peluang untuk bercakap," kata pelajar pengajian bahasa Inggeris di Universiti Malaya itu lagi.

Seorang lagi penganjurnya, Abu Abas berkata, PMN diyakini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar.

"Contohnya, jika kampus menghadapi masalah bekalan air. Masalah ini akan dibincangkan dalam Dewan Mahasiswa yang akan buat ketetapan.

"(Dewan) mungkin boleh putuskan untuk buat aduan kepada syarikat pembekal air atau tulis cadangan kepada kampus untuk wujudkan pusat rawatan air mini dalam kampus," kata pelajar diploma penyelenggaraan helikopter di Universiti Kuala Lumpur itu lagi.

Program sehari itu merupakan anjuran bersama dengan pergerakan pemuda KLSCAH.

Maklumat lanjut program boleh diperolehi di laman rasminya.

http://malaysiakini.com/news/152433

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...