Anwar: Pakatan kerah 300 ribu ahli ke BERSIH 2.0
Jul 6, 11 6:02pm
Pakatan Rakyat akan mengerahkan 300,000 ahlinya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.
"Kita mengerahkan 300,000 rakyat untuk berhimpun di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.
Menurut Anwar, ramai juga ahli Pakatan yang merungut kerana kecewa cadangan awal untuk berarak dipinda oleh BERSIH 2.0 selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.
Katanya, pihaknya kesal masih ada lagi "gerombolan" yang didakwanya seperti Kementerian Dalam Negeri yang hendak "sabotaj" persefahaman yang telah dicapai antara Seri Paduka dengan gabungan berkenaan.
[Berita penuh menyusul]

http://malaysiakini.com/news/169138
No comments:
Post a Comment