Wednesday, July 6, 2011

SPR: Undi pos masih relevan

SPR: Undi pos masih relevan
Jul 5, 11 10:13am

Sistem pengundian secara pos yang memberi peluang kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos, adalah masih
relevan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

azlan"Andainya sistem ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam kerana anggota keselamtan tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamtan negara daripada ancaman musuh.

"Ini kerana pada hari mengundi mereka berada di tempat-tempat mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," kata SPR dalam buku Penjelasan Terhadap Isu-isu Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya.

SPR menjelaskan ia sentiasa mencari kaedah terbaik bagi memantapkan sistem pengundian pos tersebut dengan melakukan proses pengundian lebih awal.

"Para pengundi akan dikumpulkan di satu tempat dua atau tiga hari sebelum pengundian awam bermula.

"Sistem ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pelajar dan warga Malaysia di luar negara serta anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan kerana mereka sukar dikumpulkan di satu tempat tertentu bagi proses tersebut," kata SPR.

NONEMengenai isu isteri anggota tentera yang didaftar sebagai pengundi pos, SPR berkata perkara itu termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

"Ia menyebut mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia adalah seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak mengundi sebagai pengundi pos," kata SPR.

Anggota polis dan pasangan yang didaftarkan juga layak menjadi pengundi pos mengikut peraturan itu.

Pendaftaran sebagai pengundi pos bagi anggota polis boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah atau Briged PGA di mana mereka bertugas.

SPR menjelaskan bahawa pemohon akan melalui tapisan yang ketat bagi mengelak pendaftaran berganda antara pengundi pos polis dan pemilih awam.

NONEIni menangkis dakwaan yang mengatakan SPR sengaja mendaftar anggota polis dan pasangannya sebagai pengundi pos memandangkan setiap permohonan perlu melalui proses yang tertakluk di bawah peraturan pilihan raya sedia ada.

Sementara itu, perenggan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 juga melayakkan rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara yang terlibat dalam sektor selain perkhidmatan awam menjadi pengundi pos.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168917

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...