Wednesday, July 6, 2011

Pakatan sedia himpun di stadium

Pakatan sedia himpun di stadium
Jul 5, 11 3:08pm

Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.

Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.

pakatan second convention in Penang"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.

"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

Najib semalam dilaporkan berkata, pihaknya sedia menyediakan stadium untuk BERSIH berhimpun tetapi tetapi menolak protes di jalanan kerana ia berisiko kepada negara.

Pakatan juga menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

"Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen perdana menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0," kata mereka.


http://malaysiakini.com/news/168968

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...