BERSIH: Kami berkompromi, polis juga patut begitu
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 6, 11
3:21pm
Jul 6, 11
3:21pm
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa kerajaan supaya menghentikan operasi penangkapan terhadap penyokong gabungan itu susulan kesediaan mereka untuk berkompromi.
Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga berkata sejak gabungan itu "mengendur" dengan bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium dan tidak di jalan raya, polis juga perlu menghentikan tangkapan.
"Kami rasa terpedaya sekiranya tindakan kerajaan bercanggah dengan kata-kata mereka dan ini merupakan satu perkara yang akan dibincangkan dengan perdana menteri.
"Bukan kami sahaja malah rakyat juga turut terpedaya kerana kita bertindak dengan niat baik, kami mengharapkan niat baik," katanya.
Ambiga berkata demikian dalam sidang media di ibu negara pagi ini. Turut hadir kira-kira 20 ahli jawatankuasa pemandu BERSIH.
Semalam, rombongan BERSIH yang diketuai Ambiga mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin membincangkan mengenai perhimpunan tersebut. Hasilnya, pihaknya bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya mengadakan perhimpunan dalam stadium.
Mengalu-alukan keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sedia bertemu dengan BERSIH 2.0 untuk membincangkan secara terperinci berhubung perhimpunan itu.
Tangkapan tak bermakna
Gabungan itu juga menulis surat kepada Najib dan berharap mereka dapat bertemu dengan beliau secepat mungkin seawal-awalnya hari ini.
Ambiga berkata beliau keliru dengan penangkapan berterusan terhadap BERSIH 2.0 pagi ini, dan beliau mendakwa polis tidak menerima arahan 'genjatan senjata'.
"Kami rasa tergamam sekalipun Yang di-Pertuan Agong telah
mengeluarkan kenyataan, perkara ini masih lagi berlaku. Kami tidak melihat bagaimana (tindakan ini) bertepatan dengan kenyataan Seri Paduka. Kami betul-betul rasa terkejut.
"Kami tidak faham... Kerajaan kata kami boleh mengadakan perhimpunan di stadium, ia tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Dalam kata lain, kerajaan bersetuju perhimpunan diteruskan di stadium, tetapi pada masa yang sama tangkapan ini masih berlaku. Saya tidak fikir ia memberi makna kepada sesiapa pun," katanya.
Ditanya sama ada baginda memberi jaminan bahawa kerajaan akan menerima tuntutan BERSIH, Ambiga bagaimanapun tidak memberikan jawapan secara terus, sebaliknya berkata gabungan tersebut akan berbincang dengan perdana menteri.

"Saya fikir, kami perlu untuk berurusan dengan kerajaan berhubung perkara ini... Sebab itulah kami mahu bertemu dengan perdana menteri secepat mungkin," katanya.
[Baca berita penuh]
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/169093
No comments:
Post a Comment