Wednesday, July 6, 2011

Polis: Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL

Jul 6, 11 1:46pm

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

NONEWalaupun Tun Hisan (dua dari kiri), the Star Online memohon maaf kerana gangguan itu tetapi berkata tindakan berkenaan perlu kerana sepanjang 48 jam yang lalu pihak polis telah merampas sejumlah bom petrol, parang dan mercun.

Katanya, polis percaya senjata berkenaan akan digunakan pada perhimpunan Sabtu ini.

“Tindakan ini adalah pencegahan. Kami mempunyai tugas untuk melindungi orang ramai dan memastikan ketenteraman dan keselamatan terkawal dan aman sepanjang masa.

“Kami harap orang ramai akan bersabar dan memberi kerjasama kerana bukan tujuan kami menimbulkan masalah. Kami mempunyai tanggungjawab dan terpaksa melakukannya,” katanya.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Tun Hisan berkata siasatan berhubung rampasan senjata itu akan tetap diteruskan meskipun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membatalkan perhimpunan jalanan dan bersetuju memindahkannya ke sebuah stadium.

Semalam, polis mendakwa merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang dan mengaitkannya dengan perhimpunan, Sabtu ini.

NONEAntara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur, iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

http://malaysiakini.com/news/169076

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...