There was an error in this gadget

Thursday, August 18, 2011

BBC akui siarkan propaganda k'jaan Malaysia

BBC akui siarkan propaganda k'jaan Malaysia
Ogos 17, 11 7:14pm

Stesen penyiaran antarabangsa BBC mengakui bahawa ia telah menyiarkan rancangan yang diterbit oleh sebuah syarikat perhubungan awam yang diupah oleh kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu, FBC Media Ltd telah digantung. Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

Menurut akhbar The Independent, BBC dalam satu kenyataan berkata bahawa "FBC telah mengaku kepada BBC bahawa ia bekerja untuk kerajaan Malaysia".

"Maklumat itu tidak didedahkan kepada BBCseperti sepatutnya apabila BBC memberikan kontrak kepada FBC bagi membeklakan program atau rancangan kepadanya. Berikutan perkembangan ini, BBC telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan rancangan daripada FBC sementara ia mengkaji semula hubungan dengan syarikat itu," kata BBC dipetik akhbar itu.

The Independent juga sedang menjalankan siasatan sama ada mana-mana bahan yang dibekalkan oleh FBC itu melanggar garis panduan BBCberhubung laporan tidak berat sebelah.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/173325

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...