Thursday, August 18, 2011

Isu pinjaman RM 6 bilion Felda dibawa ke SPRM

Isu pinjaman RM 6 bilion Felda dibawa ke SPRM
Abdul Rahim Sabri
Ogos 17, 11
2:44pm


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna wang Felda.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, sehingga hari ini, pihaknya belum mendapat sebarang penjelasan daripada kerajaan mahupun Felda berhubung ke mana pinjaman lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu disalurkan.

azlan"Secara terperincinya, Felda tidak membuat apa-apa penjelasan tentang (pinjaman) jumlah RM6 bilion yang dimaksudkan.

"Dan kebimbangan kami ialah sekiranya sejumlah RM6 bilion ini disalurkan dengan tidak berhemah dan memberi implikasi, bagaimanakah Felda harus membayar (pinjaman) kepada KWSP. Ini memberi satu igauan buruk kepada warga Felda.

"Selaku peneroka yang mempunyai tanah 10 ekar (bagi) setiap daripada peneroka, saya percaya implikasinya bukan sahaja kepada pengurusan kewangan Felda, tetapi aset yang dimiliki oleh peneroka," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Justeru, menurut Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau akan menyerahkan laporan kepada SPRM selepas sambutan Aidilfitri supaya siasatan terperinci berhubung perbelanjaan pinjaman dapat diadakan.

Sebelum ini, beliau juga pernah menimbulkan persoalan pinjaman itu pada satu sidang media beberapa bulan lalu.

Bahkan NGO Melayu Teras Keupayaan Melayu (TERAS) turut mendesak KWSP memberi penjelasan berhubung pemberian jumlah pinjaman tersebut kepada Felda.

NONEMengulas lanjut, Mazlan berkata laporan kepada SPRM dibuat susulan selepas menerima surat dari ibu pejabat polis daerah Dang Wangi yang menjelaskan kes tersebut dirujuk kepada SPRM.

Pada sidang media itu juga, Mazlan turut mendakwa beliau mendengar khabar angin bahawasejumlah RM1.5 juta daripada jumlah pinjaman itu digunakan untuk membelikan kilang gula yang dimiliki oleh seorang individu.

Katanya, peneroka juga tertanya-tanya berhubung Felda Global venture - anak syarikat Felda - yang didakwanya mengagih-agihkan unit saham kepada segelintir kakitangan Felda atas pelaburan kilang gula itu.

Dakwanya, 900 unit saham tersebut ditawarkan kepada 2,500 kakitangan kumpulan Felda dan 600 unit ditawarkan 400 orang kakitangan Felda Global venture.

NONEPada 30 Jun lalu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada KWSP.

Daripada jumlah itu, RM2 bilion digunakan untuk projek penanaman semula kelapa sawit dan RM1.5 bilion untuk memiliki saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn. Bhd.

"Saya mahu menjelaskan bahawa yang kita guna pinjaman itu baru RM3.5 bilion, pinjaman yang diluluskan ialah RM6.5 bilion. Sama ada kita buat keputusan untuk mengambil RM3 bilion lagi baki pinjaman itu akan diputuskan kemudian,” katanya.



http://malaysiakini.com/news/173281

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...