Thursday, August 18, 2011

Kes Tajuddin: CIMB kata tak terima surat dari Nazri

Ogos 17, 11 8:21pm

CIMB Group Holdings Bhd hari ini berkata ia belum menerima sebarang surat dari kerajaan yang dilaporkan di dalam media sebagai telah dihantar kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang berkaitan penyelesaian saman di luar mahkamah yang melibatkan Tan Sri Tajudin Ramli.

azlanMenurut laporan media, sebilangan GLC sedang berunding bagi mendapatkan penyelesaian global kesemua saman sivil dan pada semua peringkat mahkamah terhadap bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines itu.

Laporan itu berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah mengesahkan bahawa terdapat cadangan bagi dilakukan penyelesaian di luar mahkamah.

Nazri berkata kerajaan telah memikirkan mengenai penyelesaiakan itu sejak enam bulan lepas bagi manfaat pihak-pihak yang terlibat kerana jika kes-kes itu dibawa ke mahkamah, akan memakan masa yang panjang bagi mendapatkan penyelesaian.

"Sebarang penyelesaian dakwaan balas di mana CIMB dinamakan sebagai satu pihak akan bergantung kepada pengesahan lembaga berkenaan dan akan diumumkan kelak," kata CIMB kepada Bursa Malaysia hari ini.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/173335

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...