Thursday, August 18, 2011

Usul tubuh JK reformasi p'raya dibentang Okt

Usul tubuh JK reformasi p'raya dibentang Okt
Ogos 17, 11 4:59pm


Jemaah menteri hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen untuk memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kabinet bersetuju supaya usul mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa itu dibentangkan dalam persidangan Parlimen Oktober ini.

Jemaah menteri juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri, katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/173304

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...