Thursday, August 18, 2011

Felda berdepan deretan saman, kata ANAK

Felda berdepan deretan saman, kata ANAK
Abdul Rahim Sabri
Ogos 17, 11
12:44pm

Deretan saman yang dikemukakan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah boleh menjejaskan reputasi agensi tanah berkenaan, kata Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).

NONESehubungan itu, presidennya, Mazlan Aliman berkata Felda sepatutnya membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan tuntutan peneroka.

"Ini saat (saya lihat) satu gelombang besar peneroka mengemukakan banyak saman (kepada Felda)

"Deretan saman akan menjadi satu perkara yang menjejaskan reputasi Felda, sebuah agensi pembangunan tanah terbesar di dunia.

"Felda seperti tidak bersedia, serius untuk berbincang... Untuk menyemak tuntutan peneroka... Saya fikir ia tidak terlalu sukar untuk dipenuhi," katanya dalam satu sidang media di ibu negara pagi ini.

Menurut Mazlan, barisan peguam ANAK seramai 15 orang kini "tidak dapat menahan keghairahan peneroka untuk menyaman Felda".

Peguam-peguam NGO itu sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 15 kes tuntutan saman yang antaranya membabitkan rasa tidak puas hati mengenai mengenai kadar perahan minyak, wang tanaman semula dan kes penyingkiran peneroka.

"Jumlahnya (peneroka) lebih daripada 1,000 orang bagi setiap kes untuk ditangani," katanya.

FeldaSejak kebelakangan ini, Felda berdepan dengan pelbagai saman dari peneroka dari seluruh negara. Ia termasuk di Pahang, Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Dengan nada kesal, Mazlan yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kerajaan sepatutnya tidak "bermusuh dengan rakyat".

"Felda dan kerajaan tidak pro-rakyat, seolah-olah kerajaan mahu bermusuh dengan rakyat.

"Saya rasa ia tidak positif... Apa salahnya membuka pintu perundingan daripada kes ini berlarutan di mahkamah," katanya.

Menurutnya, sehingga sekarang, dialog dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan turut gagal bagi membincangkan masalah Felda.

http://malaysiakini.com/news/173258

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...