Friday, August 19, 2011

CIJ: Tindakan k'jaan ke atas The Star tidak adil

CIJ: Tindakan k'jaan ke atas The Star tidak adil
Ogos 18, 11 12:10pm


Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menggesa kerajaan menghentikan tekanan ke atas akhbar harian berbahasa Inggeris The Star berhubung kesilapan penerbitan akhbar berkenaan yang telah menimbulkan kemarahan di kalangan sesetengah pihak umat Islam di negara ini.

star pork photo report 110811"Campur tangan kementerian dan penolakan permohonan maaf yang pertama, yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 12 Ogos lalu cukup tidak adil. Ia mencerminkan kuasa mutlak tidak masuk akal yang digunakan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

"Malah, apa-apa kesilapan dan kesalahan yang tidak boleh diperbetulkan itu dengan mudah boleh digunakan sebagai alasan untuk membatalkan lesen penerbitan akhbar berkenaan di bawah undang-undang yang zalim ini," kata badan pemantau media itu, dalam satu kenyataan, semalam.

The Star pada 10 Ogos lalu, menyiarkan artikel mengenai juadah berbuka puasa dengan memuatkan berita tentang restoran tidak halal dalam segmen sisipannya.

Artikel itu dimuatkan dalam sisipan 'Dining Out' dengan 'Ramadan Delights' sebagai tajuk muka depan.

NONEMeskipun akhbar milik MCA itu memohon maaf pada Jumaat lalu, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengecam The Star sebagai musuh Islam.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata beliau tidak menerima penjelasan bahawa perkara itu adalah satu kesilapan tetapi mendakwa ia "cabaran terang-terangan" terhadap Islam.

Kementerian Dalam Negeri juga berkata mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan itu. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kemudian secara peribadi memanggil ketua editor kumpulan The Star untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Akhbar itu menyiarkan permohonan maaf kedua pada 17 Ogos, dengan memperincikan bagaimana kesilapan itu berlaku sambil menambah bahawa editor halaman sisipan berkenaan Johnni Wong juga telah digantung tugas.

Sehari sebelum itu, Hishammuddin meminta akhbar itu melakukan 'lebih banyak' untuk mententeramkan perasaan umat Islam yang tersinggung oleh penerbitan 'tidak sensitif' tersebut.

CIJ yang mempertahankan kebebasan media berkata kerajaan tidak seharusnya bertindak lanjut setelah akhbar itu membuat permohonan maaf sebanyak dua kali.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173374

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...