Friday, August 19, 2011

Zunar dipilih ke program antipenapisan di Sepanyol

Zunar dipilih ke program antipenapisan di Sepanyol
Ogos 18, 11 2:38pm

Kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar terpilih sebagai seorang artis residen dalam program antipenapisan seni di Sepanyol selama tiga bulan, bermula Oktober ini.

Dengan geran untuk projek khas sepanjang tempoh itu, Zunar memilih politik Malaysia sebagai subjek pengkaryaannya.

NONEBeliau antara 20 artis dalam program anjuran BilbaoArte/Fundacion BBK - sebuah yayasan kesenian Sepanyol - bagi membantu memperjuang dan mempertahankan hak berkarya dalam menghadapi penapisan dan tekanan pihak berkuasa.

Selain kartunis, program itu melibatkan pelukis, pengukir dan pencipta hasil seni yang lain.

Zunar akan mempamerkan 70 kartun editorial yang dihasilkannnya alam Festival Melawan Penapisan ke-6 dari 7 hingga 15 November yang menampilkan karya pekerja seni yang ditapis dan diharamkam.

Beliau juga diberi penghormatan untuk mencipta dan mereka bentuk poster untuk festival tersebut bagi tahun ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Zunar menganggap pemilihannya itu bukan sahaja kejayaan peribadi sebaliknya kejayaan bagi aktivis yang menentang penapisan dan kekangan bersuara di Malaysia.

NONE"Pengktirafan ini memberi kekuatan baru untuk saya menghasilkan karya-karya yang lebih tajam dan berkesan dalam usaha menentang korupsi, pembaziran wang rakyat, salah guna kuasa dan kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah di Malaysia," katanya.

Kartunis itu juga melihatnya sebagai isyarat kepada kerajaan Malaysia menghentikan "ancaman, ugutan dan tindakan jenayah" terhadapnya dan artis lain kerana dunia sedang memerhati.

Saman Zunar terhadap kerajaan ekoran pengharaman bukunya Cartoon-O-Phobia sedang berjalan dengan mahkamah menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan kes.


http://malaysiakini.com/news/173395

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...