Friday, August 19, 2011

K'jaan lulus penjualan syarikat judi Da Ma Cai

K'jaan lulus penjualan syarikat judi Da Ma Cai
S Pathmawathy
Ogos 18, 11
4:15pm

Sebuah konsortium ahli perniagaan Cina di Malaysia telah mendapat kelulusan untuk mengambil-alih Pan Malaysian Pools Sdn Bhd, yang mengendalikan premis judi Da Ma Cai.

"Ia merupakan pasaran bebas, ia berkaitan syarikatnya (merujuk kepada jutawan Tan Sri T Ananda Krishnan), jadi dia yang membuat keputusan,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diajukan soalan sama ada Kementerian Kewangan memberikan sebarang kelulusan bagi Ananda menjual anak syarikat perjudiannya, Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

najib at ukec student forum 310711Najib yang juga menteri kewangan sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya.

Sebelum ini, memetik sumber, akhbar kewangan The Edge melaporkan perjanjian pengambil-alihan itu dimeterai pada 2 Ogos lalu dan bernilai RM2.1 bilion.

Ia dibentuk oleh 14 ahli perniagaan Cina Malaysia, yang diketuai oleh Pengerusi Genting Bhd Tan Sri Lim Kok Thay dan dianggotai antara lain oleh Pengerusi Hong Leong Financial Group Bhd Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Lion Corp Tan Sri William Cheng dan ahli perniagaan Tan Sri Chua Ma Yu.

ananda krishnanMelalui sebuah syarikat yang dinamakan "Jana Pendidikan" kumpulan itu dikatakan kemungkinan besar akan berjaya membeli Pan Malaysian Pools, yang memiliki pengendali syarikat ramalan ketiga terbesar negara dari syarikat Ananda, Tanjong Plc.

Namun, penyokong akar umbi daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang khuatir tindakan itu akan digunakan oleh pentadbiran Najib sebagai alasan bagi menghentikan peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil yang sekarang ini mendapat bgantuan dana daripada kerajaan.




http://malaysiakini.com/news/173417

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...