Friday, August 19, 2011

Kes Qazaf: Anwar mohon lucutkan peguam JAWI

Hazlan Zakaria
Ogos 18, 11
12:46pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakli Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.

Beliau menamakan peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar sebagai responden dan memohon mahkamah supaya beliau ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain; Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

NONEKetiga-tiga mereka terbabit dalam kes berhubung keenganan JAWI membenarkan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.

“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie,” kata Kamar Ainiah Kamaruzaman (kiri) yang mewakili Anwar.

Gesaan itu dibuat berdasarkan reaksi Zainul yang dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan mahkamah sivil.

Sebelum ini, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah syariah didakwa menjadi faktor kepada penangguhan kes Qazaf yang melibatkan Mohd Saiful dan Anwar Ibrahim yang kini menjangkau lebih daripada tiga tahun.

Alasan teknikal

Malah hak Ketua Umum PKR itu didakwa terus diketepikan apabila Zainul yang mewakili kerajaan sering menggunakan pelbagai alasan teknikal bagi mengelak kes tersebut daripada didengar sejak 2008.

NONE"Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan.

"Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata Anwar.

Zainul (bawah) yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat.

Belum didengar

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijalDengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Rayuan itu belum didengar.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173379

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...