Friday, August 19, 2011

Pakatan: JK khas berat sebelah, helah politik BN

Ogos 18, 11 5:40pm

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari membantah pembentukan jawatankuasa khas Parlimen untuk meminda undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini yang yang majoritinya dibarisi wakil rakyat daripada parti pemerintah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatankuasa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

NONEKatanya, ini kerana penubuhan jawatankuasa itu untuk menambah baik proses pilihan raya, tidak dirunding bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat dan bersifat berat sebelah.

“Kalau dikatakan ada jawatankuasa khas yang ditubuh, itu hanyalah untuk mengaburi mata kita sebab ini tidak dibincangkan dengan pihak pembangkang di parlimen. Sistem ini juga berat sebelah,” katanya dalam tulisan di blognya.

Menurut Wan Azizah, penubuhan jawatankuasa itu juga membuktikan kerajaan BN mengakui wujud kepincangan pilihan raya.

Bagi ketua parlimen DAP Lim Kit Siang, perkara yang paling mengecewakan ialah keengganan BN untuk berunding dengan Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan tentang pembentukan jawatankuasa khas parlimen itu.

Helah dan taktik

Ini katanya, termasuk keanggotaan, bidang tugas, tempoh masa, peranan BERSIH 2.0 dan perkara-perkara berkaitan. Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, pembentukan panel itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa sasaran tempoh dan jaminan penuh daripada Perdana Menteri, segala kajian dan keputusan panel parlimen itu akan sia-sia jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

NONE“Malah, jawatankuasa pemilih Parlimen itu akan terbubar secara automatik apabila Parlimen yang ada sekarang dibubarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN yang selama ini jarang dikotakan, selain dipergunakan sebagai helah politik dan taktik mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi parti pemerintah.

Turut membidas pembentukan jawatankuasa dengan majoriti ahlinya daripada pihak kerajaan adalah naib presiden PKR, Fuziah Salleh.

Katanya, amalan bermain wayang ini sering menjadi pilihan kerajaan Umno-BN dalam memberi gambaran baik kepada dunia bahawa mereka dalam cerdik mentadbir sesebuah negara.

“Pengumuman itu hanyalah wayang, nak tunjuk pada satu dunia yang kononnya (Umno-BN) akan melaksanakannya tapi apa pula dengan kenyataan Nazri yang tidak menjamin pembersihan daftar pengundi sebelum pilihanraya?

Tidak bersungguh-sungguh

“Mereka juga tidak bersungguh-sungguh dan tidak memberikan komitmen dengan betul,” katanya.

NONEMengulas lanjut, Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan, sama sekali tidak bersetuju dengan pembahagian Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Nazri Aziz semalam berikutan pembahagian kerusi yang tidak adil.

Menurut Fuziah, jawatankuasa yang dicadangakn itu jelas berat sebelah dimana ia dianggotai sembilan wakil - lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.

Tambahnya lagi, ahli parlimen dari bebas tidak berhak mendapat pembahagian walaupun seorang, berdasarkan jumlah kesuluruhan ahli parlimen.

“Jika kita lihat pada peratus kerusi di Parlimen, ahli parlimen bebas yang memiliki 8 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan tidak mewakili satu peratus dari lapan ahli jawatan kuasa,”

Tiada keseimbangan

“Kita boleh lihat ketidakseimbangan pembahagian jawatan kuasa ini kerana bebas tidak sampai 0.5 peratus pun untuk dilantik menjadi jawatankuasa. Satu wakil bebas dan hanya tiga wakil dari Pakatan tidak mengikut pembahagian,”

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kabinet bersetuju supaya usul mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa itu dibentangkan dalam persidangan Parlimen Oktober ini.

NONEJemaah menteri juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri, katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini.


http://malaysiakini.com/news/173432

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...