Friday, August 19, 2011

PKR: Najib, Taib mesti jelaskan kaitan FBC

PKR: Najib, Taib mesti jelaskan kaitan FBC
Ogos 18, 11 4:08pm

Di sebalik sikap berdiam diri, PKR mendesak Putrajaya dan kerajaan Sarawak tampil menjelaskan dakwaan bahawa mereka mengupah sebuah syarikat perhubungan awam di London untuk menggilap imejnya.

nik nazmi nik ahmad book launch 210310 03"Kami sekarang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menceritakan segala-galanya bagaimana jutaan ringgit wang pembayar cukai bukan untuk imej negara, tetapi untuk kepentingan pihaknya sendiri," kata Pengarah Komunikasi Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri).

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi menegaskan kedua-dua pihak supaya mendedahkan peranan dan tahap terhadapnya dalam apa yang dirujuknya sebagai kempen perhubungan awam yang "tidak sah".

"Apa yang diperselisihkan bukan amalam mengupah penasihat media atau firma perhubungan awam, tetapi sama ada firma itu menggunakan kandungan berbayar tanpa jaminan menaikkan imej kerajaan tertentu dengan dengan mengorbankan laporan yang objektif," tambahnya.

Ketika Putrajaya dilaporkan menamatkan kontrak dengan syarikat produksi dan perhubungan awam FBC media limited Britain, ekoran pendedahan Sarawak Report, Putrajaya atau Kuching belum menafikan atau mengesahkan dakwaan itu.

Pendedahan itu mendakwa mereka membayar jutaan ringgit untuk perkhidmatan kumunikasi strategik dan penerbitan kandungan mesra untuk kedu-dua kerajaan itu.

[Baca berita penuh]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...