Tuesday, February 1, 2011

Wartawan Al-Jazeera Dihalang Bertugas, Pihak Berkuasa Mesir Arah Pejabat Ditutup

Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni, menurut Al-Jazeera. - EPA/HANNIBAL HANSCHKE



Published: Isnin Januari 31, 2011 MYT 10:03:00 PM

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu: Stesen televisyen berpengaruh Arab, Al-Jazeera pada Isnin menjelaskan bahawa enam wartawannya dihalang daripada meninggalkan hotel masing-masing selepas kerajaan Mesir mengarahkan pejabat stesen itu di Kaherah ditutup.

Rangkaian televisyen yang berpangkalan di Qatar itu pada laporan awalnya menyatakan kakitangan terbabit ditahan.

Bagaimanapun jurucakap Al-Jazeera memberitahu, kesemua wartawan tersebut terpaksa berdepan dengan pihak berkuasa yang kemudiannya tidak membenarkan mereka meninggalkan hotel.

Katanya, namun beitu mereka tidak diarahkan meninggalkan negara yang sedang bergolak itu.

Wartawan-wartawan terbabit merupakan petugas bagi saluran bahasa Inggeris yang merupakan rangkaian utama dalam perkhidmatan Al-Jazeera.

Larangan berkenaan berlaku selepas sehari pihak berkuasa Mesir mengarahkan pejabat stesen televisyen itu ditutup kerana didakwa menyebelahi penunjuk perasaan yang mahukan Presiden Hosni Mubarak berundur selain menggalakkan kacau-bilau.

Al-Jazeera mendakwa tindakan berkenaan adalah bagi menghalang laporan sebenar keadaan di Mesir, namun berjaya meneruskan laporan-laporan terkini mereka melalui kamera pegun dan telefon.

http://mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2011/1/31/mstar_luar_negara/20110131214942&sec=mstar_luar_negara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...