


Pada 9 Julai ini, tiga perhimpunan dirancang yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), PERKASA dan juga Pemuda Umno.
Abu Bakar, dalam pekeliling tiga halaman yang dialamatkan semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan dan setiausaha kerajaan negeri mengingatkan kakitangan awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Beliau juga menyingkap Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 mengenai tindakan yang boleh dikenakan.
Bagaimanapun pekeliling Kementerian Pelajaran yang sama bertarikh 30 Jun yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud lebih tegas amarannya dan menamakan BERSIH 2.0 sebagai perhimpunan yang dilarang itu.
Tindakan undang-undangPekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi.
Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan “Walk for Democracy” yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.
“Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haram yang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara,” kata Abd Ghafar.“Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH,” katanya.
Menurut beliau pekeliling itu bertujuan mengelakkan pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru daripada dikenakan undang-undang kelak.
Salinan pekeliling itu juga diedarkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalannya Datuk Wee Ka Siong, dan Puad Zarkashi, serta pegawai kanan kementerian itu.
http://malaysiakini.com/news/169211
No comments:
Post a Comment