Friday, July 8, 2011

Kempen anti BERSIH dibawa ke lebuhraya

Kempen anti BERSIH dibawa ke lebuhraya
Nigel Aw
Jul 7, 11
1:20pm

Kerajaan memperhebatkan kempen bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini dengan menyebarkan larangan itu bukan sahaja di masjid dan universiti tetapi juga di beberapa lebuhraya.

NONETinjauan Malaysiakini hari ini mendapati amaran berkenaan bukan sahaja dipaparkan di kain rentang tetapi juga dipamerkan di papan tanda elektronik sepanjang lebuhraya DUKE.

Notis yang sama juga dikesan sejak dua hari lalu di lebuhraya Sprint berhampiran Mont Kiara.

Selain itu, sekolah-sekolah seluruh negara, khususnya sekitar Lembah Klang juga difahamkan telah mengingatkan pelajar dan guru-guru supaya menjauhkan diri mereka daripada perhimpunan itu.

Jumaat lalu, masjid-masjid juga mengeluarkan khutbah mengingatkan umat Islam bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah haram.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169190

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...