Friday, July 8, 2011

PSM6 ditahan ikut ISA, dakwa parti itu

PSM6 ditahan ikut ISA, dakwa parti itu
Jul 7, 11 11:29am


Parti Sosialis Malaysia (PSM) berpendapat enam anggotanya yang sebelum ini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam mungkin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

NONEDalam kenyataannya malam semalam, setiausaha agung PSM S Arutchelvan berkata rumusan itu dibuat berdasarkan prosedur dan layanan berbeza ke atas tahanan berkenaan.

'PSM 6' adalah ahli parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar, timbalan pengerusinya M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri - kedua-duanya membolehkan polis menahan suspek sehingga 60 hari tanpa didakwa.

NONEPolis sebelum ini mengesahkan bahawa mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

Bagaimanapun, lewat malam semalam, peguam Edmund Bon (kanan), yang mewakili tahanan itu melahirkan kebimbangannya selepas berjumpa dua daripada anak guamnya bahawa mereka kini ditahan mengikut ISA.

"Mereka dilayan seperti tahanan ISA. Malah Sarawathy diberitahu dia ditahan mengikut ISA,” kata Bon kepada wartawan.

Arutchelvan, dalam kenyataannya berkata semua enam tahanan telah diberitahu mereka akan kini dipanggil mengikut nombor masing-masing dan tidak lagi nama mereka. Apabila ditanya, mereka diberitahu ia adalah prosedur tahanan ISA.

psm arrest penang case court 040711"Selain itu, mereka juga dikurung dalam sel berseorangan. Meskipun ahli keluarga diberitahu mereka akan ditahan di lokap (ibu pejabat polis) Bukit Aman tetapi nampaknya mereka kini dikurung di lokasi rahsia. Besar kemungkinan mereka dikurung di Pusat Reman Polis (PRC) di Batu 5, Jalan Ipoh, KL," kata Arutchelvan (atas, kiri).

"Semua ini jelas menunjukkan kenam-enam mereka tertakluk kepada tahanan cara ISA dan bukannya EO. Di bawah tahanan EO, mangsa tidak ditutup mata mereka dan ditahan di lokap pejabat polis daerah.

"Bukit Aman dan PRC mempunyai kemudahan bilik kurungan berseorangan yang digunakan bagi menahan tahanan ISA selama 60 hari,” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169177
Jul 7, 11 11:29am

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...