Friday, July 8, 2011

Pakai baju BERSIH: 10 ahli majlis Kajang didakwa

Pakai baju BERSIH: 10 ahli majlis Kajang didakwa
Aidila Razak
Jul 7, 11
6:07pm

Sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dituduh memaparkan simbol atau propaganda sebuah pertubuhan haram.

Ahli majlis itu didakwa melanggar undang-undang dengan “mempamerkan kenyataan bergambar dan tulisan melalui baju yang dipakai bagi kepentingan satu pertubuhan yang melanggar undang-undang iaitu BERSIH 2.0”.

Mereka adalah Zulfikar Ali Ariffin, Ong Seng Peng, Lee Learn Eng, Tan Boon Wah, Razaly Hassan, S T Chandra Mohan, Lee Kee Hiong, Chan Jeong Hon, Mohd Mohiddin Mohd Misbah dan Ng Tien Chee.

Ahli majlis kesebelas, Cheong Seow Foon, akan didakwa pada 8 Ogos. Beliau dikecualikan hadir hari ini kerana sedang berada di Kuala Terengganu.

Mereka menghadapi denda maksimum RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho menetapkan jaminan pada RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169245

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...