Friday, July 8, 2011

Laporan polis penemuan senjata, baju BERSIH

Abdul Rahim Sabri
Jul 7, 11
6:11pm

Dua laporan polis hari ini dibuat terhadap pegawai tertinggi polis Kuala Lumpur dan Selangor berhubung pendedahan penemuan pelbagai senjata dan baju-T BERSIH yang dilapor semalam.

NONELaporan tersebut, masing-masing dibuat oleh presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (dua dari kiri) dan ketua penerangan Pemuda PAS Selangor, Shahrom Daud, terhadap pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Antara senjata yang dilaporkan ditemui itu termasuk parang, molotov cocktails, mercun dan botol plastik berisi petrol.

Mazlan dan Shahrom yang diiringi kira-kira 10 penyokong PAS, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira jam 2.35 petang.

Dalam laporan polis tersebut, mereka mendesak polis membuat siasatan dan memberi penjelasan terhadap penemuan senjata dan barang-barang yang ditemui itu.

NONEDalam laporan tersebut, mereka mendakwa penemuan senjata seperti parang yang masih baru, dan baju-T BERSIH adalah sangat meragukan dan menimbulkan tandatanya.

Mereka juga mendakwa, ia juga memberi gambaran buruk terhadap penganjur BERSIH sebagai pertubuhan haram, berkemungkinan berlaku huru-hara dan pertumpahan darah.

Oleh itu, dalam laporan tersebut, Mazlan:

- Mendesak siasatan segera dilakukan mengenai motif pendedahan itu dibuat kepada orang awam.

- Mendesak siasatan dan tindakan segera dilakukan terhadap suspek yang ditangkap.

- Mendesak siasatan dan pendedahan segera dibuat siapa dalang di sebalik penemuan pelbagai senjata yang dimaksudkan.

- Memohon penjelasan apa kaitan penemuan barangan dengan perhimpunan BERSIH.


http://malaysiakini.com/news/169246

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...