Friday, July 8, 2011

Tiada permit bas sementara Jumaat, Sabtu ini

Tiada permit bas sementara Jumaat, Sabtu ini
Lee Way Loon
Jul 7, 11
12:26pm

Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

syed hamid albar visit new chow kit police station 061108 04Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) berkata ia juga merangkumi operator bas sekolah, bas kilang yang sering memohon permit semasa musim puncak untuk mengangkut orang ramai ke bandar.

Katanya, pengeluaran permit sementara it tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah.

Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengangkutan awam - LRT, KTM dan bas - di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa pada 9 Julai.

Syed Hamid menjelaskan suruhanjaya itu akan mengekalkan dasarnya dan tidak mengeluarkan permit sementara bas pada bukan musim perayaan.

"Kami tidak membeku permit bas sementara, tetapi hanya mengekalkan status quo," kata beliau kepada Malaysiakini.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit bas sementara melainkan ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Deepavali."

NONEBeliau juga menafikan terdapat arahan seperti yang dilaporkan oleh beberapa media, sambil menegaskan bahawa ia hanya satu notis yang dikeluarkan kepada pengusaha bas mengenai dasar semasa.

Sementara itu, seorang jurucakap dari Prasarana juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perkhidmatan LRT tidak ditutup pada hari Sabtu.

"Perkhidmatan seperti biasa, tetapi kami akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti polis," katanya, sambil menambah setakat ini mereka tidak menerima sebarang "nasihat" dari polis.

Sebelum ini terdapat spekulasi dalam media sosial seperti Facebook bahawa pihak berkuasa mungkin menutup sistem pengangkutan awam pada hari Sabtu untuk menghadkan kehadiran ke perhimpunan Bersih.


http://malaysiakini.com/news/169183

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...